Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pihak berkuasa Lubnan berkata bahawa seorang pemimpin kanan kumpulan pengganas Takfiri Daesh telah terbunuh di dalam sebuah letupan yang menyasarkan kenderaannya di bandar Arsal. Bandar itu terletak berdekatan dengan sempadan negara tersebut dengan Syria.
Seorang sumber yang tidak dinamakan memberitahu Daily Star bahawa Ahmed Wahid al-Abed terbunuh pada hari Selasa apabila letupan itu memusnahkan kenderaan yang digunakannya. Kejadian itu berlaku di pinggir bandar Arsal yang terletak sekitar 124 kilometer dari Beirut.
Biro media kumpulan Hizbullah kemudiannya mengumumkan bahawa pengganas itu pernah mengetuai apa yang dikenali sebagai mahkamah agama kendalian kumpulan Daesh.
Pada 25 November tahun 2016, tentera Lubnan telah menahan seorang pemimpin kanan Daesh bernama Ahmad Youssef Ammoun bersama-sama 10 orang pengganas yang lain di dalam sebuah operasi pembersihan di Wadi al-Araneb yang terletak di pinggir bandar Arsal.
Tentera Lubnan selepas itu mengumumkan bahawa Ammoun dikehendaki kerana memasang beberapa bom kereta sebelum meletupkannya di beberapa tempat di seluruh negara itu termasuk di Beirut.
/315